Politeknik Melaka sejajar dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), telah bergerak ke arah menghasilkan satu inovasi iaitu ‘What Say You’ Language Boardgame yang membolehkan pelajar bermain sambil menggunakan Bahasa Inggeris untuk memberi pendapat. Kekerapan bermain membolehkan pelajar meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta keyakinan. Penyelidikan yang telah dijalankan oleh pelajar Ijazah Saujana Universiti Putra Malaysia ke atas pelajar politeknik yang lemah menunjukkan peningkatan kemahiran dan keyakinan. Maka, pihak Politeknik teruja untuk berkongsi produk tersebut bersama Sekolah-sekolah  Menengah untuk meningkatkan kemahiran mereka pada tahap lebih awal dan bukan di IPTA.

Adalah diharapkan bahawa produk inovasi ini dapat menyumbang ke arah proses pembelajaran dan pengajaran sebagai alat bantuan mengajar. Produk ini akan mengurangkan stress dan kerisauan pelajar dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris. Proses pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan pembelajaran secara tidak sengaja(incidental learning) akan berlangsung. Produk ini telah mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah mulai tahun 2018. Kini Politeknik Melaka bercadang untuk menganjurkan pertandingan What Say You Peringkat Negeri untuk pelajar Kolej Komuniti bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran generik pelajar.

Pertandingan ini telah diadakan pada 28 September 20222 yang lepas dimana melibatkan 4 buah Kolej Komuniti sekitar Negeri Melaka. Antara Kolej Komuniti Yang terlibat adalah Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Kota Melaka dan Kolej Komuniti Tangga Batu.Bagi pemenang tempat pertama adalah Yukthashny A/P Sathiamurtini, tempat ke-2 Muhammad Amar Anuar dan tempat ke-3 ialah Ebenezer Ivan Robbin Hamilton yang masing-masing dari Kolej Komuniti Masjid Tanah . Hakim bagi pertandingan akhir telah dihakimi oleh Mdm Yeo Li Min dan Mdm Noor Syahrina Azween Binti Md.Saru yang dijemput khas dari Politeknik Merlimau. Syabas kepada semua pemenang dan semua yang telah bertungkus lumus menjayakan pertandingan ini. Tahniah!