INVENTORI DASS DAN PERSONALITI MENYUMBANG KEPADA TAHAP KESEJAHTERAAN DIRI YANG SIHAT DALAM KALANGAN SISWA SISWI SEMESTER 1 2022/2023.
Pada 9 September 2022 yang lepas, Unit Psikologi dan Pembimbing Rakan Siswa telah mengadakan Program Inventori Transformasi Diri (ITD) melalui Platform Microsoft Teams. Para peserta program ini terdiri daripada siswa siswi yang baharu mendaftar masuk untuk pengambilan Semester 1 Sesi I 2022/2023. Seramai 240 peserta berdaftar dalam kalangan Jabatan diwajibkan untuk menghadiri program ini. Ia telah berlangsung bermula pukul 8:30 malam sehingga 11:00 malam. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesihatan mental siswa siswi secara positif. Program ini telah dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka Puan Zeyana binti Abdullah. Program diteruskan dengan pengenalan kesihatan mental dan peserta diperlukan untuk mengisi Inventori DASS dan Inventori Big Five Personaliti secara atas talian serta perlu mengisi sebanyak 21 soalan dan 5 soalan Personaliti berskala lima. Hasil daripada inventori, kebanyakan peserta dilihat telah mengisi inventori bagi mengukur tahap kesejahteraan diri dan personaliti mereka. Pengisian Inventori kali ini bertujuan membantu peserta mengenali diri dan potensi yang dimiliki seperti kekuatan peribadi dan mengenalpasti kelemahan yang ada pada diri mereka untuk dijadikan bekalan dalam menghadapi cabaran sebagai pelajar di PMK.. Seterusnya, inventori ini cuba membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam memperbaiki kelemahan yang ada pada diri serta mencari titik penyelesaian kepada isu yang dihadapi berkaitan personaliti. Di akhir program, peserta diminta untuk membuat visualisasi dengan menetapkan harapan dan impian mereka. Secara keseluruhan, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta dan diharapkan mereka akan mampu mencapai kejayaan selepas ini.
Laporan disediakan oleh,
Unit Psikologi, Politeknik Melaka