POLIMELAKA SUPERBOWL
21 SEPTEMBER 2022 - Exco Sukan & Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) dan Jabatan Sukan Ko-Kurikulum Politeknik Melaka telah menganjurkan program SUPERBOWL PMK bertempat di MELAKA INTERNATIONAL BOWLING CENTRE(MIBC).
Seramai 100 orang peserta SUPERBOWL PMK, 22 orang Ahli Jawatankuasa dan barisan Majlis Tertinggi MPP PMK terlibat dalam menjayakan program ini .
Program SUPERBOWL PMK ini diadakan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengembalikan semula semangat kesukanan yang semakin pudar dalam kalangan siswa siswi Politeknik Melaka dek kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Selain itu juga dengan adanya program kesukanan seperti ini siswa siswi juga dapat berkenalan dengan antara satu sama lain secara bersemuka bukan lagi secara maya dan saling bekerjasama antara setiap ahli kumpulan serta bersaing secara sihat antara kumpulan demi mendapat tempat yang terbaik dalam pertandingan SUPERBOWL PMK.
Sepanjang program berlangsung, siswa siswi turut menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberi kerjasama yang sangat baik dengan Majlis Perwakilan Pelajar menyebabkan suasana menjadi lebih meriah. Siswa Siswi juga memberi cadangan untuk program sukan sebegini perlu diperbanyakkan dari masa ke semasa supaya dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berkebolehan dalam bersukan dan lebih tertarik dengan program yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka.
Kami berharap, Program SUPERBOWL PMK dapat menjadi salah satu altenatif MPP Politeknik Melaka untuk meningkatkan lagi prestasi siswa siswi bukan hanya dalam bidang akademik malah ko-kurikulum. Tambahan pula, program ini juga telah memberi impak kepada siswa siswi lain supaya lebih peka dengan program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar selepas ini. Maka akan lebih ramai penyertaan untuk program-program yang akan datang.