24 September 2022, SK BACHANG,MALIM MELAKA - Telah berlangsungnya Program Kem Kepimpinan SK Bachang yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Kebangsaan Bachang dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar dan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Politeknik Melaka.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk dan mengasah bakat kepimpinan di dalam diri para pelajar sekolah rendah dalam pelbagai aspek kepimpinan khususnya. Program ini disertai oleh pemimpin-pemimpin muda SK Bachang yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT,Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong kelas dan Pengerusi dan Naib Pengerusi Unit Kokurikulum. Alhamdulillah program Kem Kepimpinan SK Bachang ini mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari kalangan pelajar mahupun guru-guru SK Bachang iaitu seramai 168 orang pesera telah hadir untuk menyertai kem Kepimpinan tersebut.

Tambahan pula, penyerahan sijil telah diserahkan kepada barisan Fasilitator Politeknik Melaka yang diketuai oleh Saudari Nur Aidilia Maisara Binti Rodi Darwadi sebagai tanda penghargaan dan terima kasih daripada pihak sekolah.

Dengan menyertai kem kepimpinan ini, diharapkan agar pelajar mampu mencerna dan menjana daya kepimpinan yang tinggi sebagai generasi pelapis yang berkualiti demi kesejahteraan negara. Semoga program-program sebegini dapat dijalankan lagi agar memberikan manfaat yang baik untuk semua.