Sumber : Haidar Nur Rifhan binti Basir

Politeknik Melaka, 22 September 2022 – Unit Teknologi Maklumat Politeknik Melaka telah selesai menganjurkan satu sesi Taklimat & Latihan Perkhidmatan MyGovUC 2.0 pada 22 September 2022 yang lalu dan telah disertai oleh 94 orang staf PMK yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan staf sokongan. Sesi taklimat dan latihan yang telah dilaksanakan secara dalam talian melalui medium Google Meet ini telah disampaikan oleh En. Mohd Fadhilizwandie bin Sulong, pegawai daripada Pasukan Pengurusan Perubahan MyGovUC 2.0, MAMPU.

   

Skop latihan yang telah diberikan kepada para peserta adalah meliputi kesemua fungsi utama yang ditawarkan didalam perkhidmatan MyGovUC 2.0 iaitu Google Mail, Google Calendar, Google Meet, Google Drive dan Google Chat. Pelaksanaan sesi taklimat dan latihan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan kefahaman yang menyeluruh kepada semua staf PMK bagi penggunaan fungsi-fungsi MyGovUC 2.0 serta tips-tips dalam memudahkan urusan tugas rasmi di jabatan.

   

Objektif sesi yang berlangsung selama satu hari ini dilihat telah berjaya apabila rata-rata peserta memberikan maklumbalas yang positif setelah menyertai sesi latihan ini.

Semoga pelaksanaan sesi taklimat dan bengkel ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada staf PMK dan dapat mengaplikasikan perkhidmatan MyGovUC 2.0 ini.