Selasa, 20 September 2022 - Program Hiking 4.0 telah melibat seramai 39 pelajar  yang terdiri daripada pelajar semester 1 hingga 4 dan 2 orang pensyarah daripada Jabatan Perdagangan dan 2 orang pensyarah daripada Unit Sukan, Politeknik Melaka. Program ini adalah kerjasama antara Commerce Department Society (CODES) dengan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Melaka.

Program ini telah diadakan di Bukit Batu Putih, Port Dickson pada Selasa, 20 september 2022 dari pukul 8 pagi hingga 3 petang.

Program Hiking 4.0 ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengawal ketakutan dan keberanian dalam diri pelajar. Seterusnya, program ini juga adalah untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar serta merangsang pelajar untuk kekal aktif. Program ini juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar jabatan perdagangan. Selain itu, pelajar dapat mengeksplorasi dan menikmati keindahan alam semula jadi sepanjang mendaki bukit tersebut.

Program seperti ini diharapkan dapat dilaksanakan pada masa akan datang kerana impak yang positif dapat diberikan kepada pelajar.

Sumber: Noor Azira binti Sawal