SELASA, 6 September 2022Commerce Department Society (CODES) telah menjalankan satu Program Pembinaan Sahsiah di Outreach Taman Botanikal, Ayer Keroh dengan melibatkan seramai 61 orang pelajar dan 3 orang pensyarah pengiring. Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk menaikkan semangat pelajar setelah terlalu lama menjalani pembelajaran secara maya.

Pelajar yang terlibat telah menjalani beberapa aktiviti yang dirangka oleh pihak Outreach Taman Botanikal yang mengkhusukan kepada pembinaan disiplin pelajar, kerja berkumpulan dan juga ujian fokus. Kesemua aktiviti adalah penting untuk membantu pelajar dalam memastikan mereka lebih bersedia dan fokus dalam pembelajaran yang dijalankan secara fizikal.

Para pelajar juga telah dibahagikan kepada 6 kumpulan bagi permainan Explorace. Semasa Explorace dijalankan, pelajar telah diuji untuk berfikiran kreatif dan kritis untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Para pelajar dilihat sangat bersemangat dalam melengkapkan segala tugasan yang diberikan oleh pihak urusetia.

Bagi penutup program, pihak CODES telah menjemput Ustaz Noorkhairan daripada Kolej Komuniti Kota Melaka untuk memberikan kata-kata motivasi bagi menaikkan semangat pelajar.

Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak kepada pelajar Jabatan Perdagangan yang terlibat supaya mereka dapat menjadi pelajar yang lebih baik pada masa akan datang serta menjadi suri teladan kepada pelajar-pelajar lain.

 

Sumber: Nur Izzatie Husna Binti Zawawi