KURSUS STAF DINAMIK SIRI 1 DAN SIRI 2
Pantai Puteri, 22 OGOS 2022 – Sebuah kapal terbang, tidak mungkin boleh terbang jika tiada skru-skru kecil ini yang menguatkan lagi binaan sesebuah kapal terbang untuk terbang dengan baik dan selamat. Begitulah perumpamaan untuk staf sokongan yang diibaratkan seperti skru-skru kecil yang diterapkan melalui Kursus Staf Dinamik (Siri 1) dan Kursus Staf Dinamik (Siri 2) yang telah diadakan pada 26 Mei 2022 dan 22 Ogos 2022 yang lalu bertempat di Pantai Puteri, Tanjong Kling, Melaka anjuran Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Melaka. Penceramah yang terlibat adalah En Mohamad Hasbullah bin Mustafa, Pegawai Psikologi dari Politeknik Merlimau, Melaka dan En Arman bin Md Said, Pensyarah Utama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Melaka yang juga merupakan Penyelaras Penasihat Akademik Politeknik Melaka. Penglibatan peserta untuk 2 siri kursus ini telah dihadiri seramai 62 orang peserta dari wakil pelbagai unit di Politeknik Melaka. Kursus Siri 1 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah II, Ts Abd Halim bin Mahat manakala bagi Siri 2 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah, Hajah Normala binti Salimin.
Kursus yang dirancang khas untuk staf sokongan di Politeknik Melaka adalah untuk memantapkan lagi semangat kerja berpasukan di kalangan staf sokongan dalam melaksanakan tugas di Politeknik Melaka. Dalam menjalani aktiviti luar ini, secara langsung peserta akan menyuburkan sifat – sifat positif dan menguburkan sifat – sifat negatif. Sifat – sifat positif yang akan diamalkan dan disuburkan adalah Caring, Understanding, Trusting, Accepting, Patient, Positive Thinking, Listening, Empathy dan Assertive. Selain itu juga, kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan erat silaturahim, saling bantu membantu antara sama ada dari segi ilmu dan tenaga, meningkatkan hubungan komunikasi serta bijak dalam menangani konflik ketika melaksanakan tugas di Politeknik ini. Sekian.
SIRI 1 (26 MEI 2022)
SIRI 2 (22 OGOS 2022)