Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

14 Ogos 2022 - Majlis Penutupan Structured Entrepreneurial Incubator Program dan Pitching Competition (SEIP 2022) telah berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seramai 12 orang pelajar dan 3 orang pensyarah mentor telah menyertai program penutup tersebut.

Program SEIP ini bertujuan untuk melahirkan output berikut: 1. Melahirkan 20 orang usahawan pelajar dari setiap inkubator yang menjalankan perniagaan produk berteraskan inovasi. 2. Menerbitkan sekurang-kurangnya 4 syarikat pelajar dari setiap inkubator. 3. Penglibatan sekurang-kurangnya 4 orang pensyarah pakar keusahawanan sebagai pembimbing syarikat pelajar 4. Pembangunan sekurang-kurangnya 4 produk berteraskan inovasi untuk di komersilkan. 5. Penjanaan Pendapatan bagi tahun pertama sebanyak RM5000 bagi setiap inkubator. Alhamdulillah kesemua output yang digariskan telah dicapai dengan jayanya. Menjadi satu kenangan manis juga buat Inkubator Beezzy Bizz sekali lagi apabila mendapat Anugerah Pameran Terbaik sepanjang Majlis Penutup SEIP 2022.

 

 

Sumber - Nurena binti Abdullah

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas