17 Ogos 2022, Rabu, Melaka -  Program bertajuk CSR MEGA MSK@PMK sempena kemasukan pelajar baru semester 1 ke Politeknik Melaka telah dijalankan sepanjang hari dikawasan sekitar Melaka.  Ianya dilaksanakan serentak di lapan (8 ) lokasi yang berasingan sekitar daerah Melaka Tengah, Melaka.  Lokasi program adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang, SMK Kapung Gelam, SMK Seri Tanjong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Sk Limbongan, Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, Surau Taman Malim Jaya Seksyen 1 Melaka, dan The National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka.  Ianya boleh dikategorikan 3 (TIGA) Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK), 2 (DUA) Sekolah kebangsaan (SK), 1 (SATU) Sekolah Rendah Arab (SRA), 1 (SATU) Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan 1 Surau Komuniti.

 Program CSR MEGA MSK@PMK bertujuan untuk  mempromosikan Politeknik Melaka dikalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui program kesekarelawanan. Program ini telah mendapat sokongan dari Majlis Bandaraaya Melaka Bersejarah (MBMB), Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, ANGKASA Negeri Melaka, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasionak Negeri Melaka (JPNIN), The National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka dan Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti(JPPKK).

 Bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari program CSR MEGA MSK@PMK ini melibatkan sukarelawan yang terdiri dari  153 pelajar baru, 20 pelajar senior dan 30 kakitangan akademik Politeknik Melaka.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti gotong royong, mengecat dan yang paling utama ialah aktiviti menanam pokok pelbagai jenis bermula dari pokok herba hinggalah pokok yang besar. 

 Program ini telah dilaksanakan sempena menyokong kempen Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula daripada tahun 2021 hingga 2025 yang diselaraskan oleh ANGKASA Negeri Melaka.  Melalui kempen ini progam CSR MEGA MSK@PMK berjaya menanam sebanyak 123 pokok yang mempunyai sifat fizikal berdahan dan berbatang. Pada masa yang sama semua sukarelawan yang terlibat didedahkan dengan kaedah yang betul menanam pokok demi menjaga kelestarian alam untuk generasi akan datang.

 Program ini telah dirasmikan oleh perasmi yang berbeza di semua lokasi yang terlibat.  Antara perasmi yang terlibat adalah Pengarah Jabatan Perhutanan, Negeri Melaka , Tuan Khirun Nizam Bin Abdul Rahim di Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam, Ybhg Clr Encik Abdul Rafi’ Muiz Bin Omar Ahli Majlis Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, Klebang, Tuan Haji Ab Rahim Md Tawel, Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka di  (NASOM) Melaka, Pengarah Politeknik Melaka,Tuan Haji Sr. Haji Razali Bin Johari di Sekolah Menengah Klebang, Ts. Abdul Halim Bin Mahat , Timbalan Pengarah Politeknik Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan  Kampung Gelam dan Hajah Normala Binti Salimin,  Timbalan Pengarah 1 Politeknik Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan  Seri Tanjong, Melaka.

 Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Perhutanan, Negeri Melaka atas sumbangan 8 pokok hutan sebagai simbolik perasmian program CSR MEGA MSK@PMK.  Penghargaan juga diberikan kepada ANGKASA Negeri Melaka di atas sumbangan Plak pokok perasmi.  Program ini mendapat tajaan utama di 3 lokasi program iaitu di SMK Seri Tanjong, SMK Kampung Gelam dan SK Kampung Gelan dari  Jabatan Pengajian Politeknik Dan Kolej Komuniti(JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia.  Tidak dilupakan juga semua kakitangan, tenaga pengajar dan komuniti yang terlibat dalam menjayakan program CSR MEGA MSK@PMK pada kali ini.

 Program ini telah berjaya dijalankan dengan sebaik mungkin. Semua sukarelawan gembira dan puas dengan aktiviti yang dijalankan khususnya dalam menjaga kelestarian alam melalui aktiviti penanaman pokok. Pada masa yang sama ianya berjaya meningkatkan kemahiran sosial bersama komuniti yang terlibat.  Sepanjang pogram dilaksanakan semua sukarelawan telah di adun bercampur gaul dengan komuniti yang terlibat, khusus untuk mempromosikan Politeknik Melaka dikalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).  Secara keseluruhannya program sedemikian wajar diteruskan dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar.

 

Ditulis Oleh :

Siti Salbiah Binti Ahmad Sharif,

Pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka