Program Pemantantapan Jati Diri Generasi Muda@PMK Membakar Semangat Kemerdekaan Ke 65 Pelajar Baru Politeknik Melaka
17 Ogos 2022, Rabu Klebang - Politeknik Melaka telah berjaya melaksanakan program bertajuk Pemantantapan Jati Diri Generasi Muda@PMK sempena pelancaran sambutan bulan Kemerdekaan ke 65. Ianya dilaksanakan serentak di lapan (8 ) lokasi yang berasingan sekitar daerah Melaka Tengah, Melaka. Lokasi program adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klebang, SMK Kapung Gelam, SMK Seri Tanjong, Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Gelam, Sk Limbongan, Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, Surau Taman Malim Jaya Seksyen 1 Melaka, dan The National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka. Ianya boleh dikategorikan 3 (TIGA) Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK), 2 (DUA) Sekolah kebangsaan (SK), 1 (SATU) Sekolah Rendah Arab (SRA), 1 (SATU) Bdan Bukan Kerajaan (NGO) dan 1 Surau Komuniti. Program ini telah disertai sepenuhnya oleh pelajar baru semester 1 Politeknik Melaka pada sesi 1 2022/2023.
Program CSR MEGA MSK@PMK bertujuan untuk mempromosikan Politeknik Melaka dikalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui aktiviti semarak bulan kemerdekaan ke 65 Malaysia Negara tercinta. Program ini telah mendapat sokongan dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasionak Negeri Melaka (JPNIN) dan semua lokasi yang terlibt.
Program Pemantantapan Jati Diri Generasi Muda@PMK ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari dengan penglibatan peserta seramai 153 pelajar baru sesi 1 2022/2023. Antara aktivit yang dijalankan ialah berupa pertandingan suafoto secara individu, suafoto secara berkumpulan dan video pendek menggunakan apps Tit Tok. Semua peserta diwajibkan menggunakan latarbelakang yang melambangkan kemerdekaan di lokasi masinh-masing. Hadiah pertandingan ini telah disumbangkan oleh Bahagian Sukarelawan, Politeknik Melaka. Hadiah adalah sijil penghargaan dan barangan keperluan asas pelajar seperti pen drive dan alat tulis.
Semua pemenang telah diumumkan semasa pelancaran bulan kemerdekaan pada 18 Ogos 2022 oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasionak Negeri Melaka (JPNIN) , Puan Intan Suhana Binti Yusuff. Melalui ucapannya beliau menegaskan akan kepentingan penggunaan media sosial dalam menyampaikan maklumat khusus bagi generasi muda.
Program ini telah dilaksanakan sempena menyokong kempen menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan ke 65 yang dipromosikan oleh Sekretariat Rukun Negara (SRN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasionak Negeri Melaka (JPNIN).
Program ini telah dijalankan dengan jayanya. Semua pesrta gembira dan puas dengan aktivit yang dijalankan khususnya dalam membakar semangat kemerdekaan selaras slogan “Keluaga Malaysia Teguh Bersama”. Pada masa yang sama ianya berjaya meningkatkan kemahiran sosial bersama komuniti yang terlibat. Sepanjang program dilaksanakan semua peserta telah di adun bercampur gaul dengan komuniti yang terlibat, khusus untuk mempromosikan Politeknik Melaka dikalangan komuniti setempat sebagai Institusi Pengajian Awam (IPTA) yang berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Secara keseluruhannya program sedemikian wajar diteruskan dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar dalam penghayatan erti kemerdekaan.
Ditulis Oleh :
Siti Salbiah Binti Ahmad Sharif,
Pegawai Sukarelawan Politeknik Melaka