Kursus Penghasilan Templete Career Pathway Program Pengajian Politeknik Melaka
09-10 Ogos 2022 telah berlangsung Kursus Penghasilan Templete Career Pathway Program Pengajian Politeknik Melaka anjuran Unit Kerjaya, CISEC dengan kerjasama ULPL.
Kursus ini dilaksanakan melalui medium Google Meet dengan dihadiri oleh semua Penyelaras Bimbingan Kerjaya Jabatan dan juga Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri.
Kursus ini bertujuan untuk menghasilkan templete atau panduan bagi memudahkan serta membantu pelajar dan graduan PMK mendapatkan maklumat dan melihat arah tuju mereka setelah tamat belajar nanti.
Ia sebagai panduan samada mereka ingin menyambung pengajian atau bekerja. Penceramah kursus ini telah disampaikan oleh Ketua CISEC, Puan Zaihan binti Haron dan Pegawai Kerjaya, Puan Reni Suriani binti Hashim.