Sambutan Hari Kerjaya Politeknik Melaka meriah dengan kehadiran pelbagai Instisuti Pendidikan serta agensi dari dalam dan luar negara. Ia adalah anjuran CISEC Politeknik Melaka.

Hari Kerjaya Politeknik Melaka telah disempurnakan oleh, Puan Yusma binti Yusof, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti.

 

 

 

 

 

Pada Hari Kerjaya Politeknik Melaka disertai oleh pelajar semester akhir. Antara aktiviti yang ada adalah taklimat sebelum menjalani latihan industry, taklimat dari IPTA/S, pameran dan temuduga. Temuduga secara dalam talian yang melibatkan pelajar dari IPT luar negara juga dijalankan serentak dengan masa tersebut.

Pameran mendapat sambutan dari Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka- MYTRIZ ,  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Management & Science University (MSU), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) manakala agensi yang terlibat dengan temuduga adalah dari AA Assiociates dan juga agensi yang mempunyai syarikat di luar negara iaitu ND Paper Sdn Bhd.

Puan Yusma memaklumkan, beliau berasa bangga dan gembira dengan penglibatan semua dan berterima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan Hari Kerjaya tersebut. Semoga semua pelajar yang hadir akan mendapat manfaat daripada program tersebut.