20 Mei 2022 - Program Minggu JMSK 2022 telah diadakan selama 3 hari bermula 17 Mei 2022 sehingga 19 Mei 2022 anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer adalah program yang diadakan untuk memberi pendedahan dan menyemai minat dalam kalangan pelajar dan staf PMK tentang Matematik, Sains dan Komputer yang sentiasa diaplikasi di dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Objektif utama Minggu JMSK 2022 adalah untuk memberi pendedahan dan memupuk minat pelajar dan staf PMK terhadap bidang Matematik, Sains dan Komputer di samping melatih kemahiran asas Matematik, Sains dan Komputer.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya adalah Bengkel Kalkulator, DIY, Bengkel Canva, Sudoku, Abacus Genius, Wheel Of Fortune, Tak Tik Tok dan Math Quiz Online. Pameran inovasi JMSK juga turut diadakan iaitu mempamerkan hasil-hasil produk Mini Projek Pelajar bagi kursus Engineering Science DBS10012 bagi Sesi Disember 2020 dan  Sesi 1 2021/2022.

Penyertaan daripada pelajar dan staf PMK sangat menggalakkan. Penganjuran program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan staf PMK dalam meningkatkan kemahiran dan minat mereka kepada bidang Matematik, Sains dan Komputer.  Selain itu, program ini turut mengharapkan agar bidang Matematik, Sains dan Komputer sentiasa mendapat tempat di hati warga PMK dan dapat menjadikan aktiviti JMSK bukan sebagai kurikulum yang statik, tetapi berubah menjadi lebih dinamik dengan penglibatan staf dan pelajar Politeknik Melaka. Gambar gambar aktiviti sepanjang minggu JMSK dan maklumat lanjut berkaitan Minggu JMSk 2022 boleh diakses di laman  Minggu JMSK 2022 .