Pada 16 Jun 2022 dan 23 Jun 2022, dua orang pensyarah Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka telah dijemput untuk memberikan syarahan dalam Online Guest Lecture Series oleh Institut Asia, Negeri Malang, Indonesia. Mereka adalah Puan Hazira Binti Saleh yang memberikan syarahan berkaitan “The Development of SMEs in Malaysia” pada 16 Jun 2022. Puan Noor Azira binti Sawal pula menyampaikan syarahan bertajuk “Code of Ethics for The Accountant Towards a Global Era”.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya menyampaikan syarahan dengan baik sekali. Kedua-dua mereka telah memperolehi respons yang amat memberangsangkan daripada para siswa dan siswi Institut Asia, Malang, Indonesia. Adalah diharapkan ini akan menjadi titik mula para pensyarah di Politeknik Melaka untuk memartabatkan nama  Politeknik Melaka di arena antarabangsa. Semoga selepas ini banyak lagi peluang yang akan diperolehi.

 

Sumber: Hazira binti Saleh