Enable Industry 4.0 to Next Generation - JKE
23 JUN 2022- Satu program Community Social Responsibility (Aktiviti Khidmat Social) Bidang Ilmu dan Penyelidikan melalui perkongsian ilmu Enable Industry 4.0 to Next Generation telah diadakan. Program ini telah melibatkan seramai 50 orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan) (DJK) semester 4 bersama mahasiswa Teknik Elektro, Jabatan Energi Terbarukan, Politeknik Negeri Srivijaya(POLSRI), Indonesia berkenaan dengan IOT. Program ini memperkenalkan pelajar berkaitan dengan industri 4.0, teknologi Node Red dan aplikasi Node Red dalam IR4.0 secara dalam talian. Melalui platform PPI ini, pelajar boleh memahami asas konsep dan aplikasi IOT dan menjadi nilai tambah kepada kursus kursus di program pengajian masing masing seperti Embedded System Aplication, Embeded Robotic dan Projek Pelajar.
Objektif utama program ini diadakan adalah bagi memahami konsep 9 Pillars dalam industri 4.0, konsep Asas Node-Red (Core Nodes) dan mengaplikasikan asas Node Red di dalam IOT Dashboard dan Mengaplikasikan Node Red pada Tensorflow Telegram Chatbot.
Program ini turut disertai oleh beberapa pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka dan Pensyarah dari Teknik Elektro, Jabatan Energi Terbarukan, Politeknik Negeri Srivijaya(POLSRI). Para mahasiswa menzahirkan rasa berpuas hati dan lebih memahami tentang IoT selepas program ini dilaksanakan.
Sumber: En.Saifful Bahari Bin Omar & En. Rajandran A/L Morthui