14 Jun 2022 – Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Melaka Bil 1/2022 dan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan telah diadakan di Bilik Persidangan Politeknik Melaka pada 14 Jun 2022. Mesyuarat dimulakan dengan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada 11 ahli jawatankuasa penasihat industri yang baru oleh Sr. Hj.Razali bin Johari , Pengarah PMK dengan diiringi Yang Berhormat Datuk Seri Ab. Rauf bin Yusoh dan Timbalan Pengarah PMK. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Ab.Rauf bin Yusoh dengan dihadiri oleh 14 orang penasihat industri dan wakil industri serta pengurusan-pengurusan tertinggi PMK. Ahli jawatankuasa yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai peringkat atasan di dalam sesebuah syarikat atau agensi yang berpengalaman untuk berkongsi idea dan buah fikiran bagi memperbaiki mutu pembelajaran pelajar, kebolehpasaran graduan politeknik, dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik Melaka selari dengan Revolusi Industri 4.0. Mesyuarat ini diadakan bagi meningkatkan capaian Politeknik kepada industri dan untuk merangka pelan strategik atau program-program bagi akademik dan aktiviti kolaborasi dengan industri serta membincangkan isu-isu berkaitan keperluan industri kepada pelajar-pelajar Politeknik. Selepas mesyuarat, perbincangan diteruskan antara jabatan dan industri mengikut program-program jabatan. Ini bertujuan untuk menambahbaik kurikulum sedia ada dan membincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dirancang bersama industri untuk tahun 2022 bagi menambahbaik mutu pembelajaran dan merapatkan jaringan kolaborasi antara Politeknik Melaka dan industri. Di samping itu mesyuarat ini diadakan bagi tujuan menyumbangkan idea untuk memperbaiki isi kandungan kurikulum selari dengan kehendak industri. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil industri yang telah dilantik oleh Politeknik Melaka mengikut program-program yang ditawarkan di politeknik. Untuk tahun 2022, seramai 11 buah industri telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa Penasihat Politeknik Melaka yang baru bagi Sesi Mei 2022 hingga April 2024. Ahli jawatankuasa yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai peringkat atasan di dalam sesebuah syarikat atau agensi yang berpengalaman untuk berkongsi idea dan buah fikiran bagi memperbaiki mutu pembelajaran pelajar, kebolehpasaran graduan politeknik, dan kebolehdapatan kerja graduan Politeknik Melaka selari dengan Revolusi Industri 4.0.