Melaka – Pada 25 Mei 2022 yang lalu telah berlangsung satu sesi webinar yang bertajuk Logistics Talk with Northport Malaysia Bhd. Sesi webinar ini telah berlangsung selama lebih kurang 2 jam secara atas talian dengan menggunakan Google Meet sebagai medium penghantaran. Pelajar yang terlibat adalah seramai 32 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma Perniagaan Antarabangsa semester 4 yang mengambil kursus DPP40053 Introduction to Logistics Management berserta seorang pensyarah kursus.

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah bagi memberi pendedahan sebenar kepada aktiviti logistik di pelabuhan dan secara tidak langsung juga menyumbang kepada pencapaian KPI PPI jabatan.

Sesi perkongsian ini telah disampaikan oleh staf Northport Malaysia Bhd. yang berpengalaman dalam bidang logistik selama 27 tahun iaitu Encik Hairizad bin Azali sebagai Penolong Pengurus, Perkhidmatan Logistik di Northport Malaysia Bhd. Sesi perkongsian ini telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit gangguan teknikal dari segi rangkaian internet.

Semua pelajar melahirkan rasa puas hati terhadap sesi taklimat yang telah disampaikan oleh pihak Northport Malaysia Bhd. Diharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.



Sumber: Nazira Md Latib