Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

25 Mei 2022- Perbincangan antara Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), CISEC & Resources and Management Services (ODREM) telah diadakan pada jam 3 petang, 25 Mei 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat CISEC. Perbincangan telah dihadiri oleh En. Mohamed Khodree Mahmood selaku General Manager, Puan Liza (staf ODREM), Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ketua CISEC dan Pensyarah JKM. Perbincangan adalah berkaitan kunjungan hormat selepas pandemik dan halatuju kolaborasi antara PMK dan ODREM. JKM dan ODREM membincangkan program-program yang boleh dilaksanakan dalam menambah nilai pelajar-pelajar PMK ke arah alam pekerjaan. Selain itu, isu-isu lain yang dibincangkan adalah pendedahan teknologi-teknologi terkini kepada pelajar untuk menjadi lebih kompeten di industri. Diharapkan segala aktiviti yang diperbincangkan dan dirancang ini berjaya dilaksanakan dan mendapat manfaat untuk kedua-dua pihak.

 

 

 

Ikuti Kami

Berita PMK

Capaian Popular

Akses pantas kepada sistem, perkhidmatan, maklumat dan sumber digital Politeknik Melaka.

Ke Atas