20 Mei 2022 (Jumaat) - telah berlangsung satu Bengkel/Program anjuran Commerce Department Society (CODES) dengan kerjasama Unit Psikologi & Kerjaya dan Jawatankuasa SPAk Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka bertempat di Business Support Room (BSR). Ia melibatkan Pelajar Semester 5 (DAT & DPI). Pn. Reni Suriani Binti Hashim, Pegawai Kerjaya PMK telah dijemput sebagai penceramah untuk bengkel/program tersebut. Tujuan bengkel ini adalah untuk mendedahkan pelajar tentang pentingnya membina personaliti eksekutif dan mempersiapkan diri dengan segala kemahiran yang perlu untuk memasuki pasaran kerja serta memberikan pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa.
 
Sumber berita : Puan Norizah binti Mahasan