16 April 2022 (Sabtu) – Setiap kali bulan Ramadan Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka pastinya mengalu-alukan kedatangan bulan ini dengan pengisian terbaik menerusi program yang menarik. Ramadan 2022 tahun ini, kami telah berpeluang untuk terlibat sama bagi Program Kasih Ramadan bersama anak syurga Rumah Kasih Harmoni. Program ini merupakan program infaq Ramadan anjuran Glammoree, Sumbangan.com dan Sogo bersama Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka. Program ini bertujuan untuk mengembalikan suasana persiapan menjelang Aidilifitri serta meringankan beban rumah Kasih Harmoni, Keramat dalam menyediakan persiapan Ramadan dan Aidilifitri. Program bermula pada jam 10.00 pagi di mana 13 orang sukarelawan yang terlibat termasuk 3 orang Pensyarah (Puan Emilya Binti Zurda, Cik Nurul Safwanah Binti Muhammad Saleh dan Puan Nurena Binti Abdullah) dan 3 orang pelajar Jabatan Perdagangan berkumpul di SOGO bersama 20 orang anak syurga Rumah Kasih Harmoni. Kami diberikan penerangan ringkas oleh Dr. Syed Syafique selaku Pengarah Program ini serta penerangan ringkas daripada wakil pihak SOGO sebelum meneruskan acara utama iaitu pembelian baju raya. Alhamdulillah kami sangat bersyukur dapat menyantuni anak-anak syurga ini dan mereka sangat gembira dengan barangan yang dibeli.

 

Program berakhir pada jam 2.00 petang. Program diteruskan lagi dengan majlis berbuka puasa bersama anak-anak syurga di Rumah Kasih Harmoni serta Solat Maghrib secara berjemaah. Sesungguhnya proram ini memberikan pengalaman yang sangat berharga buat kami semua. Besar harapan kami agar perkongsian rezeki di bulan Ramadan yang mulia ini membawa seribu keceriaan di hati anak-anak Rumah Kasih Harmoni. Setiap yang mengasihi pasti akan dikasihi.