18 April 2022, Politeknik Melaka – Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan EXCO Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah berlangsung melalui pemenang pilihan raya bagi sesi 2022/2023 yang telah dijalankan pada 24 Mac 2022 lalu.
Sebanyak 18 kerusi telah dipertandingkan. Seramai 6 orang ahli telah dilantik menjadi Majlis Tertinggi dan 12 orang EXCO dilantik bagi mengunggulkan Politeknik Melaka. Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Awam, saudara Ahmad Nur Shauqie bin Ahmad Fazil telah dilantik sebagai Yang di-Pertua MPP bagi sesi 2022/2023.
Sr. Hj. Razali bin Johari, Pengarah Politeknik Melaka telah menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan MPP. Beliau berkata dalam ucapannya “Semua MPP perlu memberi kerjasama dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan dan menyuarakan hak atau pendapat serta mempunyai mentaliti dan sahsiah yang tinggi agar dapat dicontohi oleh pelajar lain dan juga meningkatan prestasi Politeknik Melaka.
Selain daripada watikah pelantikan, beberapa isu-isu pelajar juga telah diajukan daripada Majlis Perwakilan Pelajar kepada pihak atasan bagi mengemukakan cadangan dan juga aduan yang diterima daripada para siswa dan siswi, dimana Majlis Perwakilan Pelajar dapat membantu pelajar menyampaikan masalah dan juga cadangan mereka kepada pihak atasan.