6 APRIL 2022 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan kerjasama Jabatan Ehwal Pembangunan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka telah menganjurkan program Dialog Bersama Pelajar secara dalam talian dengan menggunakan platform "google meet" dan juga bersemuka di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka . 

Seramai 79 orang wakil kelas daripada setiap jabatan , 11 orang AJK program dan barisan Majlis Tertinggi MPP PMK terlibat didalam menjayakan program ini . Program Dialog Bersama Pelajar diadakan bagi mendengar masalah yang mereka hadapi sepanjang tempoh pengajian di Politeknik Melaka . Pelbagai keluhan dan pendapat yang telah diajukan oleh pelajar semasa sesi soal jawab .
Justeru , terdapat idea yang menarik di sumbangkan oleh para pelajar kepada Majlis Tertinggi MPP PMK bagi memeriahkan suasana Politeknik Melaka setelah menghadapi fasa pendemik .

Turut diadakan juga sesi soal jawab bersama yang di dalam "google meet" bagi menyuarakan pendapat mereka .
Diharapkan Program Dialog Bersama Pelajar dapat memberi impak kepada pelajar lain bagi menyuarakan pendapat atau permasalahan yang mereka hadapi , agar MPP PMK dapat menyampaikan kepada pihak atasan.