DERMA DARAH POLITEKNIK MELAKA
30 Mac 2022- Program Kempen Derma Darah kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dan Gerakan Pengguna Siswa PMK dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar Serta Tabung Darah Melaka dan McDonals Melaka Central telah diadakan di Pusat Pelajar Politeknik Melaka bermula jam 10 pagi - 3 petang.
Program Derma Darah ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pelajar mahupun Staf Politeknik Melaka iaitu lebih kurang seramai 100 orang telah hadir untuk menderma. Timbalan Pengarah Politeknik Melaka En Abd Halim bin Mahat juga telah bersama-sama untuk menderma darah. Tujuan Kempen Derma Darah ini diadakan ialah untuk melahirkan insan yang mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dalam diri masyarakat
McDonald Melaka Sentral yang menyokong program ini memberikan sebungkus burger dan apple pie secara percuma kepada penderma yang hadir. Juga diberikan sedikit sumbangan makanan kepada pelajar yang menderma darah.
Dengan menyertai Program Derma Darah ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan. Semoga Program ini memberikan manfaat yang baik buat semua. jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua yang menderma atau boleh dipanggil hero dan harapan kepada orang yang memerlukannya.