25 Mac 2022, Jumat -  Politeknik Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput telah berjaya melaksanakan program CSR bertajuk “Touch Green @SMK Paya Rumput. Program ini memfokuskan kepada aktivtiti menanam pokok di sekitar sekolah dan dihadapan pejabat pentadbiran sekolah. Program ini juga mensasarkan promosi kemasukan ke Politeknik Melaka kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Rumput.  Program khidmat masyarakat ini melibatkan 44 pelajar terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Pelajar kelab Mesra Alam dan 5 orang pensyarah Politeknik Melaka.  Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 12.30 petang. 

Pada program ini telah diadakan penyerahan produk Cendawan Konkrit (hard landskap) hasil usaha Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka.  Program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya dari JPPKK bagi tahun 2022.