PILIHAN RAYA KAMPUS POLITEKNIK MELAKA 2022
24 MAC 2022, MELAKA - Sekretariat Pilihanraya Politeknik Melaka (SPRPM) telah melaksanakan PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KAMPUS POLITEKNIK MELAKA secara dalam talian iaitu e-Pilihanraya bermula seawal 9.00 pagi sehingga 4.00 petang. Pilihanraya pada kali ini dilaksanakan secara atas talian disebabkan oleh keberadaan pelajar masih ada yang berada dirumah. Pilihanraya adalah keperluan PMK dan perlu dilaksanakan sekali dalam masa setahun sepertimana termaktub didalam Akta174. Semua urusan pengurusan dan perlaksanaan Pilihanraya Kampus Politeknik Melaka sesi ini adalah berdasarkan ‘Garis Panduan Pilihanraya Kampus Politeknik Malaysia’ yang dikeluarkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pilihanraya kali ini adalah bagi memenuhi 18 kerusi Majlis Perwakilan Pelajar. Terdapat 28 calon bertanding bagi pilihanraya kali ini dari semua program di Politeknik Melaka. Pada jam 4.00 petang, Ketua Jabatan Hal Ehwal & Pembangunanan Pelajar (JHEPP) Politeknik Melaka, Puan Zeyana binti Abdullah telah membuat pengumuman keputusan undian Pilihan Raya MPP 2022 di Dewan Serbaguna PMK dan juga disiarkan secara langsung melalui media sosial iaitu Facebook dan Youtube. Hasil dari pilihanraya terdapat 18 calon yang terpilih bagi memenuhi kerusi tersebut iaitu 5 daripada Diploma Akauntansi, 3 daripada Diploma Perniagaan Antarabangsa, 3 daripada Diploma Kejuruteraan Mekanikal, 4 daripada Diploma Kejuruteraan Awam dan 3 daripada Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan). Peratusan pelajar turun mengundi adalah sebanyak 94.33%. Semoga MPP Politeknik Melaka pada sesi ini terus maju dalam mengutamakan kebajikan dan disiplin pelajar politeknik.