25 – 27 Mac 2022, POLITEKNIK MELAKA – Telah berlangsungnya Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka sesi 2022/2023 bertempat di Ismah Beach Resort Pengkalan Balak Melaka.

Seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka telah menyertai kem kepimpinan ini. Tujuan kem kepimpinan ini diadakan adalah bertujuan untuk meningkatkan sahsiah diri Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dalam aspek kepimpinan disamping menanamkan semangat keberanian dan kewibawaan dalam menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh fasilitator yang terdiri daripada alumni Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka sepanjang kem ini berlangsung, antaranya adalah ice breaking, latihan dalam kumpulan, pembentangan format kertas kerja dan laporan, pemilihan dan pelantikan Majlis Tertinggi MPP dan lain-lain.

Dengan menyertai kem kepimpinan ini, adalah diharapkan agar Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka mendapat sedikit sebanyak input dari segi kepimpinan untuk diadaptasikan dalam diri masing – masing sebagai seorang pemimpin untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang akan diberikan.