Barisan Kepimpinan Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA PMK) diketuai oleh En Anuar Bin Ismail bersama Ketua Unit COBTech PMK Ts Dr Erita Mazwin Bt Mazlan menerima kunjungan Lawatan Kolaborasi dari Kolej Komuniti Jelebu

 

KHAMIS, 17 MAC 2022 - Pusat Kecemerlangan  (COBTech) Politeknik Melaka (PMK) amat berbesar hati menerima Lawatan Kolaborasi Pusat Kecemerlangan IBS Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan (KK Jelebu) pada hari Khamis, 17 Mac 2022.

Lawatan yang diketuai oleh Ketua Unit COT KK Jelebu telah disambut oleh Timbalan Pengarah Politeknik Melaka, Ts Abdul Halim Bin Mahat.

Ts Abdul Halim Bin Mahat dalam ucapan alu-aluannya mengutarakan kesungguhan COBTech untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelestarian persekitaran dan peneraju pendidikan di bidang TVET dalam kalangan masyarakat dan komuniti setempat. 

“Sesungguhnya program perkongsian dan penerokaan peluang kolaborasi strategik sebegini amat selari dengan semangat adik beradik iaitu sebagai institusi pendidikan yang berada di bawah bumbung yang sama iaitu Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPKK)”.

“Kejayaan warga Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai penyumbang utama sumber manusia separa dan penuh kemahiran adalah perancangan jangka masa panjang seiring membangunkan teknologi IBS sebagai pilihan utama industri secara menyeluruh, khususnya dalam arena pendidikan secara digital di alam maya amatlah mustahak demi melahirkan masyarakat masa hadapan yang bukan hanya memiliki kesedaran alam sekitar yang tinggi malahan daya pematuhan dan pelaksanaan amalan hijau dalam kehidupan seharian yang kuat,” ujarnya. 

Turut hadir adalah Pegawai Kolaborasi COBTech En Anuar Nordin yang telah memberikan taklimat perancangan kerjasama bersama CIDB, Penyelaras Projek Akhir Pelajar JKA Pn Siti Salbiah memberikan taklimat pelaksanaan projek pelajar semester akhir, Penyelaras Peperiksaan JKA Pn Suriani memberikan taklimat pelaksanaan penilaian akhir alternatif pada waktu pandemik COVID, Ketua Penasihatan Akademik PMK En Arman memberikan taklimat pelaksanaan sistem penasihatan akademik,SPAK, PMK.

 

Pn Sara mewakili Kolej Komuniti Jelebu menerima cenderahati dari pihak PMK yang disampaikan oleh KJKA En Anuar Bin Ismail

 

Antara detik-detik manis sesi Lawatan KK Jelebu ke PMK.