Pada 15 Mac 2022 telah berlangsung satu Taklimat Kerjaya Bersama Sealestial Marine Seafarer (SEAMASTER) di Dewan Serbaguna Politeknik Melaka. Program ini adalah anjuran Unit Kerjaya , CISEC dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Melaka.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Kapt. Kenneth Khoo dengan melibatkan seramai 16 orang pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kawalan). Pada slot kedua pula, telah disampaikan taklimat haluan kerjaya oleh Puan Reni Suriani , Pegawai Kerjaya Politeknik Melaka.