3 Mac 2022, Khamis -  Politeknik Melaka dan Sekolah Kebangsaan Limbongan telah berjaya melaksanakan program CSR bertajuk “Touch Green @S Limbongan. Program ini memfokuskan kepada aktivtiti menanam pokok herba dan menaiktaraf pelbagai infrastruktur gunasama.  Program khidmat masyarakat ini melibatkan 40 pelajar Semester 1 Sesi II 2021/2022 dan 12 pensyarah Politeknik Melaka.  Acara bermula jam 8.00 pagi dan berakhir 12.30 petang. 

Pada program ini telah diadakan penyerahan produk Cendawan Konkrit (hard landskap) hasil usaha Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Melaka.  Program ini telah mendapat tajaan sepenuhnya dari JPPKK bagi tahun 2022.