PERBINCANGAN KERJASAMA UNTUK PROGRAM PENJAGAAN TAMAN LAUT DI PERAIRAN MELAKA: PULAU UNDAN BERSAMA MOUNTAIN DIVER, JKE & CISEC
20 Jan 2022- Perbincangan antara Jabatan Kejuruteraan Elektrik (En Ahmad Fariz bin Fauzi) , CISEC & Mountain Diver telah diadakan pada jam 3 petang, 20 Januari 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat CISEC. Perbincangan telah dihadiri oleh 3 orang staf dari Mountain Diver yang diketuai oleh Pn Hayat selaku Pengurus Projek, Timbalan Pengarah II (Ts. Abdul Halim bin Mahat) , Ketua CISEC (Pn Zaihan binti Haron), Pegawai Kolaborasi (Pn Zariyah binti Abdullah) dan Pensyarah JKE. Perbincangan adalah berkaitan kerjasama antara PMK dan Mountain Diver untuk program penjagaan Taman Laut di Perairan Melaka : Pulau Undan. Program ECODISTRICT MELAKA merupakan cadangan untuk mewujudkan program kesedaran alam sekitar dalam pemuliharaan sumber perikanan di perairan Pulau Undan, Pulau Nangka dan Pulau Dodol Negeri Melaka. Antara kerjasama yang dibincangkan adalah latihan konservasi dan propagasi hidupan marin, aktiviti sukarelawan alam sekitar & modul tukun tiruan. Politeknik Melaka merupakan rakan kerjasama teknikal bersama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Rakan kerjasama lain yang terlibat adalah Jabatan Perikanan Melaka dan Majlis Pulau-Pulau. Diharapkan program yang dibincangkan bersama berjaya dilaksanakan.