PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA STNJ
MAKLUMAN PROGRAM TEMUDUGA TERBUKA STNJ
Sekretariat TVET Negeri Johor (STNJ) akan mengadakan Program Temuduga Terbuka bersama pihak industri seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: 5 November 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: ADTEC JTM Kampus Batu Pahat
🏢 Penyertaan: Sebanyak 11 buah syarikat industri
Sehubungan itu, semua ahli dijemput hadir dan amat dialu-alukan untuk bersama-sama memanfaatkan program ini bagi:
1️⃣ Jaringan Kerjasama Industri – Peluang bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan pihak industri bagi membincangkan potensi kerjasama serta pemeteraian Letter of Intent (LOI).
2️⃣ Peluang Pekerjaan & Internship – Membawa serta menggalakkan pelajar yang bakal menjalani latihan industri (internship) dan graduan baharu (fresh graduates) untuk hadir mendapatkan peluang penempatan latihan industri dan pekerjaan.
Diharapkan semua ahli dapat mengambil peluang ini bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama antara institusi TVET dan pihak industri, di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada para pelajar dan graduan.
Kehadiran dan sokongan semua amat dihargai. Jumpa anda di ADTEC Batu Pahat!
Jika ada pertanyaan boleh hubungi : Tc Megat Mohamad Faizar 019 7378547




















