como crear una pagina web
Ikuti Kami

Oleh: Mohd Faizal bin Mat Pesa

Politeknik Melaka, 9 April 2026 – Majlis Apresiasi Pembangunan Modal Insan anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Politeknik Melaka telah berlangsung dengan jayanya pada 9 April 2026 bertempat di Dewan Akademia (DeKa), bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.

Program ini melibatkan penyertaan aktif pelajar daripada semester 1, 2,4 dan 5, dengan matlamat untuk membina sahsiah diri, meningkatkan kemahiran insaniah serta memperkasa potensi pelajar dalam pelbagai aspek.

Sepanjang program berlangsung, beberapa aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Bicara Siswa Pengucapan Awam, Survival Keusahawanan, dan Kursus Etiket Meja Makan. Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar untuk menonjolkan bakat, meningkatkan keyakinan diri serta mengasah kemahiran komunikasi dan keusahawanan.

Kemuncak majlis menyaksikan pengumuman dan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan Bicara Siswa Pengucapan Awam yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Dr. Hj. Azlan bin Muharam. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar.

Manakala bagi pertandingan Survival Keusahawanan, keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 April 2026 sempena Karnival Usahawan PMK yang akan diadakan di Dataran PMK.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan pelajar yang holistik, berdaya saing serta memiliki kemahiran insaniah yang tinggi sejajar dengan aspirasi pendidikan negara.

 

 

Capaian Popular
Berita PMK
Ke Atas