como crear una pagina web
Ikuti Kami

Oleh : Amira binti Abdul Wahid

Melaka - Program Mental Block : Jom Reset Diri ini telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi pada 2 April 2026 bertempat di Dewan Akademia, Politeknik Melaka. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap faktor mental block yang boleh mempengaruhi kehadiran, motivasi serta komitmen dalam pembelajaran. Selain itu, program ini turut membantu pelajar mengenal pasti serta mengurus halangan dalaman yang boleh menjejaskan disiplin diri dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Program ini juga bertujuan menggalakkan perubahan sikap dan tingkah laku positif ke arah kehadiran yang lebih konsisten serta penglibatan aktif dalam aktiviti akademik.

Seramai 77 orang pelajar telah terlibat sepanjang program ini. Slot program dimulakan oleh Pegawai Psikologi Politeknik Melaka, iaitu Puan Amira dan Puan Nur Nazihah yang menyampaikan pengisian berkaitan kesedaran kendiri dan pengurusan emosi. Seterusnya, slot diteruskan oleh Encik Ahmad Idris Amir bin Azhar, Teen Educator KafeTEEN LPPKN Negeri Melaka yang berkongsi input berkaitan kesejahteraan diri dalam kalangan remaja serta kesihatan seksual dan reproduktif. Program diakhiri dengan slot ceramah oleh Encik Norizan bin Mohd Nor, Ketua Pegawai Daerah AADK Melaka Tengah yang memberi penekanan terhadap kepentingan membuat pilihan hidup yang sihat dan bebas serta pendedahan mengenai realiti bahaya dadah dan vape.

Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran, motivasi dan keupayaan pelajar dalam mengurus cabaran diri ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Laporan disediakan oleh:

Unit Pengurusan Psikologi

Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

Politeknik Melaka

 

Capaian Popular
Berita PMK
Ke Atas