como crear una pagina web
Ikuti Kami

21 April 2026, PMK – Politeknik Melaka (PMK) amat berbesar hati menerima kehadiran penasihat-penasihat industri bagi menjayakan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (JPI) Politeknik Melaka Bil 1/2026. Kehadiran mereka mencerminkan sokongan padu kepada usaha Politeknik Melaka dalam memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama yang banyak memberikan manfaat bersama. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Zeyana binti Abdullah (Timbalan Pengarah), PMK dengan kehadiran Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit, Politeknik Melaka. Antara intipati mesyuarat adalah tentang membentuk kerjasama yang boleh dijalankan untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik di antara pemain industri dengan Politeknik Melaka.

Mesyuarat JPI secara keseluruhannya adalah untuk mendapatkan input dan maklum balas terhadap trend dan keperluan industri untuk memastikan kerelevanan program di Politeknik di samping membantu dalam mencadangkan rakan-rakan strategik baru kepada Politeknik Melaka dalam bidang akademik khususnya di samping bidang-bidang yang lain seperti penyelidikan,inovasi, keusahawanan, sukan dan program-program khidmat masyarakat. Dalam mesyuarat kali ini juga, Ahli Mesyuarat telah sebulat suara melantik En. Mohd Zaidi bin Rahmat (Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri yang baru (2026-2028) menggantikan Ir. Shahrul Nizar bin Shaari (Pengarah, Innovacia Sdn. Bhd.) yang telah tamat tempoh lantikannya (2024-2026).

Syabas dan tahniah kepada Unit CISEC dan Urusetia Kolaborasi di atas kejayaan penganjuran mesyuarat.

Capaian Popular
Berita PMK
Ke Atas