17 Oktober, Khamis - Pada 15 dan 16 Oktober 2024 telah berlangsung Lawatan Pra-Penilaian Akreditasi Program Pengajian Diploma Akauntansi (DAT) dan Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI), Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka. Lawatan ini telah dilaksanakan oleh dua panel penilai yang telah dilantik iaitu Pn. Zilhaya Binti Mokdeh dan Dr. Muhammad Nazri Bin Abdul Halim dari Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB).  Pn. Zilhaya adalah penilai bagi program DAT manakala Dr. Muhammad Nazri adalah penilai bagi program DPI. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memastikan pelaksanaan program pengajian mematuhi keperluan standard kualiti dan kriteria yang ditetapkan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan selaras dengan Malaysian Qualification Framework (MQF). Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada program DAT dan DPI bagi melaksanakan tindakan penambahbaikan dan seterusnya memantapkan persiapan ke arah pengekalan akreditasi program pengajian. Diharapkan dengan pelaksanaan lawatan ini dapat membantu warga Jabatan Perdagangan, Politeknik Melaka mematuhi standard yang digariskan MQA dalam mengekalkan akreditasi program pengajian.

 

    

                      

             

Disediakan oleh : Norizah Binti Mahasan