๐ท๐น๐ถ๐ฎ๐น๐จ๐ด ๐ฉ๐ฐ๐ต๐จ ๐ท๐จ๐บ๐ผ๐ฒ๐จ๐ต ๐ฑ๐ด๐บ๐ฒ : ๐บ๐ฌ๐ฏ๐จ๐ป๐ฐ ๐บ๐ฌ๐ฑ๐ฐ๐พ๐จ
ย
Pada 20 November 2025, Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah melaksanakan Program Bina Pasukan bertemakan โSehati Sejiwaโ bertempat di Taman Botanical Ayer Keroh, Melaka. Program ini dikendalikan oleh penceramah, Pn. Amira binti Abdul Wahid bersama Pn. Nur Nazihah binti Mohd Fauzi selaku fasilitator. Sepanjang program, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti berkumpulan yang menekankan kepentingan komunikasi, kerjasama, kepercayaan dan semangat kekitaan. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana, malah berjaya mengukuhkan hubungan kerja serta meningkatkan motivasi dalam kalangan staf JMSK. Tahniah kepada semua warga JMSK yang hadir dan memberikan komitmen. Semoga semangat โSehati Sejiwaโ terus menyatukan kita sebagai satu pasukan yang mantap dan produktif.
ย




ย

