𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈𝐅 𝐌𝐀𝐓𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 & 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 (𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒) 𝐏𝐌𝐊
PMK, 18 November 2025 - Program PINTAS turut menerima suntikan semangat apabila Pengarah Politeknik Melaka, YBrs. Dr. Noriah binti Abdul Malek, berkesempatan untuk hadir beramah mesra serta memberi dorongan kepada para pelajar yang mengikuti sesi bimbingan ini. Program Intensif Matematik & Sains (PINTAS) merupakan inisiatif anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan (JHEPP).
Program ini dilaksanakan bagi membantu pelajar yang memerlukan pengukuhan dalam kursus seperti Engineering Mathematics 1, Engineering Mathematics 2, Engineering Mathematics 3, Electrical Engineering Mathematics, Engineering Science, Statistic dan Quantitative Method. Seramai 290 pelajar terpilih menyertai program ini dengan harapan ia dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan dan prestasi mereka menjelang peperiksaan akhir.





