READY TO INDUSTRIES: TAKLIMAT II LATIHAN INDUSTRI UNTUK PELAJAR PMK
Oleh: UPLI,CISEC
POLITEKNIK MELAKA, 17 November 2025 – Taklimat II Latihan Industri telah berjaya dilaksanakan di Dewan Akademia (DeKa), Politeknik Melaka sebagai persediaan pelajar sebelum memulakan latihan industri bagi sesi akan datang. Program ini dilaksanakan dalam dua sesi melibatkan seramai 196 orang pelajar dari pelbagai program pengajian. Pada sesi pagi, seramai 122 pelajar daripada program Diploma Akauntansi Teknologi (DAT) dan Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) telah menghadiri sesi taklimat yang dijalankan. Sementara itu, sesi petang pula melibatkan 74 pelajar daripada Diploma Kejuruteraan Awam (DKA), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) dan Diploma Kejuruteraan Elektrik (DJK).
Taklimat telah disampaikan oleh dua orang penceramah (Pegawai Latihan Industri, PMK) iaitu En. Sahzali bin Mohd Ramli, yang memberikan penerangan berkaitan pelaksanaan latihan industri merangkumi fasa sebelum, semasa dan selepas penempatan di industri. Seterusnya, En. Ahmad Fadli bin Abd Hadi telah membentangkan topik mengenai penulisan jurnal refleksi serta penyediaan laporan akhir latihan industri sebagai salah satu syarat penilaian. Program ini telah dikendalikan bersama oleh semua Penyelaras Latihan Industri Jabatan-jabatan Akademik di bantu oleh Pembantu Khidmat Am CISEC, Pn. Siti Farina binti Mohd Zan untuk memastikan program berjalan dengan teratur serta mendapat kerjasama baik daripada semua pelajar yang hadir.
Secara keseluruhannya, taklimat ini berjaya memberikan pendedahan jelas kepada para pelajar mengenai keperluan, prosedur dan dokumentasi yang perlu disediakan sepanjang berlangsungnya latihan industri. Taklimat ini diharap dapat membantu pelajar membuat persediaan rapi sebelum menjalani latihan sebenar di industri.


