Citra Gemilang MTI 2025 Raikan Kohort Pertama
Citra Gemilang MTI 2025 Raikan Kohort Pertama Tamat Kitaran Lengkap MTI Politeknik
Melaka
Melaka, 3 November – Majlis Citra Gemilang MTI 2025 menjadi detik bersejarah apabila
berjaya meraikan kohort pertama pelajar yang berjaya menamatkan keseluruhan lima
semester pelaksanaan Modul Transformasi Insan (MTI).
Program anjuran Jawatankuasa Modul Transformasi Insan (MTI) ini menandakan penutupan
rasmi kitaran pertama MTI, sepanjang tempoh lima semester pelaksanaan yang telah
menggarap lima elemen utama pembentukan insan seimbang iaitu : [1] sahsiah diri, [2]
kepimpinan, [3] Kursus Professional, [4] Keusahawanan, [5] Personaliti dan jati diri.
Sepanjang tempoh pelaksanaan, pelajar melalui pelbagai aktiviti berstruktur termasuk
pengucapan awam, projek kesukarelawan, simulasi keusahawanan dan kursus-kursus
professional. Semua elemen ini menjadi asas kepada pembangunan holistik pelajar seiring
keperluan dunia kerjaya masa kini.
Majlis disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Noriah binti Abdul Malek,
dengan pengisian seperti sesi Table Etiquette, tayangan montaj perjalanan MTI, dan
penyampaian anugerah kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan menyeluruh
dalam lima elemen pembangunan insani.
Antara anugerah disampaikan ialah Ikon Transformasi Insan (Lelaki & Perempuan),
Anugerah Penasihat Akademik Terbaik, serta Penghargaan Elemen 5 – Personaliti Diri.
Kejayaan penganjuran Citra Gemilang MTI ini bukan sekadar meraikan pencapaian, tetapi
menzahirkan komitmen PMK untuk melahirkan graduan berkarakter unggul, berilmu,
beretika dan bersahsiah profesional.


