Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

FesTi-25 Tonjol Bakat Terpendam Pelajar Politeknik Melaka

Melaka, 5 November – Program Festival Transformasi Insan (FesTi-25) anjuran Jawatankuasa Pembangunan Modal insan Politeknik Melaka telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Program separuh hari ini bukan sahaja berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar, malah memberikan impak positif terhadap pembangunan sahsiah dan keyakinan diri mereka.FesTi-25 menyaksikan penyertaan aktif daripada pelajar semester 2 dan 4 yang menunjukkan potensi besar dalam pelbagai bidang. Para peserta diberi peluang untuk berucap dan membentangkan idea di hadapan khalayak serta barisan panel juri yang terdiri daripada wakil dalaman dan luaran Politeknik Melaka.Penganjuran program ini terbukti memberi kesan mendalam, terutamanya dalam aspek pembangunan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi dan membuat pembentangan secara terbuka. Kejayaan program ini turut dibuktikan dengan pemilihan pemenang bagi setiap kategori, yang telah menerima hadiah masing-masing dalam satu majlis penyampaian hadiah.Hadiah disampaikan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Noriah binti Abdul Malek. Penjurian program melibatkan seramai 4 orang juri bagi Elemen 2 dan 6 orang juri bagi Elemen 4 yang terdiri daripada panel luar dan dalam institusi.FesTi-25 sekali lagi membuktikan komitmen Politeknik Melaka dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki bakat serta keyakinan tinggi untuk terus berkembang dalam pelbagai bidang.

Ikuti Kami
Ke Atas