๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ฃ๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐จ๐ก๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐ช๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ/๐ญ๐ฐ๐ฐ๐ณ๐
Politeknik Melaka, 1 November 2025 - Seramaiย 20 orang pelajar Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) Politeknik Melakaย telah menyertaiย Program Pembangunan Sahsiah Islamiah Mahasiswa Negeri Melaka Tahun 2025/1447H โAkhlak Wajah Ibadahโ, bertempat diย Auditorium Masjid Al-Azim, Melakaย padaย 1 November 2025 (Sabtu), jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Program ini dirasmikan olehย YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, dan menghimpunkan para mahasiswa IPT seluruh Melaka dalam usaha memperkukuhkan jati diri, sahsiah dan kefahaman Islam yang berkualiti berlandaskan nilai akhlak serta penghayatan ibadah.
Penyertaan pelajar JPPI ini merupakan salah satu inisiatif dalam menyokong pembangunan generasi mahasiswa yang berakhlak mulia, berdisiplin serta mempunyai daya kepimpinan unggul dalam mendepani cabaran masa kini.
Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas penyertaan yang membanggakan. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat memberi manfaat kepada diri serta rakan-rakan di Politeknik Melaka.
ย ย 
ย ย 
ย ย 
ย
ย ย 
ย

