PMK FIGHTERS DAN COMMERCE QUEEN JUARA KEJOHANAN BOLA SEPAK DAN BOLA JARING PIALA PENGARAH POLITEKNIK MELAKA 2025
Oleh : Norazlin binti Sarun
Pasukan PMK Fighters dan Commerce Queen telah dinobatkan sebagai Juara Bola Sepak dan Juara Bola Jaring bagi kejohanan kali ini. Sebanyak 8 pasukan bola sepak dan 5 pasukan bola jaring yang terdiri dari peserta di kalangan pelajar-pelajar Politeknik Melaka 2025 telah bertanding kali ini. Pasukan jemputan dari Kolej Profesional Mara Bandar Melaka turut memeriahkan kejohanan kali ini.
Lebih kurang 250 orang pelajar dan kakitangan dari 4 jabatan utama , Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.
Kejohanan ini bukan sahaja mempamerkan bakat sukan para pelajar bahkan turut menjadi platform ke arah pembinaan karektor belia yang positif , kompeten dan berdaya saing serta serba boleh. Selain itu, ia juga menjadi ruang kolaborasi dengan IPT jemputan.
Para pelajar dan barisan pensyarah dari semua jabatan turut sama turun padang bagi menyaksikan perlawanan yang penuh aksi ini. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Zeyana binti Abdullah, Timbalan Pengarah Politeknik Melaka.


