Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

Oleh : Mohd Hasni bin Angterian

Melaka, 26 Oktober 2025 – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka telah menganjurkan Kursus Asas 3D Printing bertempat di Bilik Seminar, Politeknik Melaka. Program yang dijalankan pada hari Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang ini mendapat penyertaan daripada pelajar yang berminat mendalami teknologi 3D Printer. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, Encik Yuvenraj a/l Ganesan, yang juga merupakan alumni Politeknik Melaka dan berpengalaman dalam bidang Additive Manufacturing. Peserta diberi pendedahan mengenai asas penggunaan mesin 3D Printer, jenis bahan yang digunakan serta demonstrasi proses mencetak objek 3D secara langsung. Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Dr. Muhammad Hafiz bin Kamarudin, penganjuran kursus ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai teknologi moden yang kian pesat membentuk landskap industri masa kini, malah turut berperanan sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara jabatan dan alumni Politeknik Melaka. Melalui kursus ini, para pelajar berpeluang memahami dengan lebih mendalam aplikasi sebenar kejuruteraan mekanikal dalam dunia industri khususnya dalam bidang pengkomersialan produk berasaskan teknologi Mesin 3D Printer, seterusnya menyemai minat dan inspirasi untuk meneroka inovasi baharu dalam bidang tersebut.

Ikuti Kami
Ke Atas