PMK MLBB: Road To Championship 2025
Oleh : Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
📢 PMK MLBB: Road To Championship 2025
1 Sept 2025, Melaka - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dengan kerjasama JHEPP, JMSK, Gerakan Pengguna Siswa dan Sekretariat Rukun Negara telah menganjurkan PMK MLBB: Road To Championship pada 30, 31 Ogos dan 1 September 2025 bertempat di Dewan Serbaguna.
Program ini bertujuan memberi ruang kepada mahasiswa yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum digital serta memupuk nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan dan pemikiran strategik melalui platform e-sukan.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari ini mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa Politeknik Melaka. Tahniah diucapkan kepada pasukan GOODFELLAS yang dinobatkan sebagai juara. Naib juara dimenangi oleh PREMAN RO, manakala tempat ketiga disandang oleh ANAK MURID WALID. Pasukan ZARIPAP KENTANG dan REAPERS SAIYAN pula masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan kelima. 🎮✨
Syabas kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat juang tinggi sepanjang kejohanan. Semoga program sebegini terus menjadi platform untuk mencungkil bakat dan mengukuhkan budaya e-sukan di Politeknik Melaka. 💪🔥


