PMK BERKOLABORASI DENGAN MCMC PERKASA 190 WARGA JADI 'PEJUANG SIBER' DI PMK DIGITAL DAY 2025 : STAY SAFE, STAY CONNECTED
POLITEKNIK MELAKA – 30 September 2025 (Selasa) Seramai 190 orang staf dan pelajar Politeknik Melaka (PMK) telah menyertai program PMK Digital Day 2025 bertemakan "STAY SAFE. STAY CONNECTED." Acara sehari ini merupakan kolaborasi strategik bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka bagi meningkatkan kesedaran literasi dan keselamatan digital dalam kalangan warga PMK.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Noriah binti Abdul Malek selaku Chief Digital Officer (CDO) PMK. Turut hadir bagi menjayakan program tersebut ialah Tuan Syed Isa Alsagoff, Pengarah MCMC Negeri Melaka, yang menyokong penuh inisiatif PMK dalam membudayakan keselamatan siber.
Program yang berkonsepkan pameran dan konsultasi ini menampilkan lima (5) booth utama daripada agensi dan jabatan penting. Booth daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC menjadi tumpuan utama pengunjung.PDRM telah berkongsi maklumat penting mengenai bahaya dan implikasi judi siber manaka MCMC pula memfokuskan kepada isu Buli Siber dan etika penggunaan media sosial yang bertanggungjawab. Selain itu, booth MyDigital ID memberi pendedahan tentang kepentingan Identiti Digital Nasional, manakala mini booth dalaman iaitu BKP (Bahagian Khidmat Pengurusan) dan UTM (Unit Teknologi Maklumat) pula menawarkan sesi konsultasi bagi perkhidmatan online dalaman kepada staf dan pelajar.
Program ini berjaya mencapai objektifnya sebagai medan untuk warga PMK membawa terus permasalahan digital mereka kepada pakar yang berada di booth-booth yang disediakan. Konsep ini menjadikan PMK Digital Day bukan sekadar taklimat dan pameran, tetapi satu langkah proaktif dalam memastikan keselamatan siber menjadi budaya dalam kehidupan seharian warga PMK.
Kolaborasi antara PMK dan MCMC Negeri Melaka ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan komuniti digital yang lebih berdaya tahan dan beretika.
Kejayaan program ini dilihat melalui penglibatan aktif 190 orang peserta yang memanfaatkan platform konsultasi secara langsung untuk mendapatkan penyelesaian dan panduan. Inisiatif seperti ini dijangka akan diteruskan pada masa hadapan sebagai usaha berterusan PMK dalam memacu pembangunan modal insan yang selamat dan kompeten di dalam ekosistem digital.

