Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

27 SEPTEMBER 2025 – Satu program kesukanan yang melibatkan seluruh warga Jabatan Perdagangan telah dilaksanakan di SMK Klebang Besar pada 27/9/2025. Program anjuran Commerce Club PMK ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama, memperat hubungan antara pelajar dan pensyarah serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Jabatan Perdagangan. Penyertaan pelajar dalam kesemua acara sukan ini amat memberangsangkan.

Seramai 600 pelajar dari semester 1 hingga 5 dan 25 pensyarah turut serta dalam pelbagai acara sukan yang dianjurkan. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah acara balapan padang, tarik tali, dodgeball, permainan tradisional dan sukaneka. Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen tinggi warga Jabatan Perdagangan terhadap aktiviti luar bilik kuliah. Program ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan Perdagangan, Encik Shahrulnizam bin Bakar, yang turut menyampaikan ucapan semangat kepada semua peserta.

Setelah melalui persaingan sengit, Rumah Hijau muncul sebagai juara keseluruhan JP Day 2025 dengan kutipan sebanyak 138 mata. Tempat kedua dan ketiga masing-masing disandang oleh Rumah Jingga dan Rumah Biru.

Dengan kejayaan penganjuran JP Day 2025, diharapkan hubungan antara pelajar dan pensyarah akan terus erat, serta semangat kesukanan dan kerjasama akan terus dipupuk dalam kalangan warga Jabatan Perdagangan. Commerce Inspires, Stronger Together.

 

Disediakan oleh: Nur Izzatie Husna Zawawi

  

  

  

   

    

Ikuti Kami
Ke Atas