Selamat Datang ke

POLITEKNIK
MELAKA

Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Hubungi Kami

09/09/2025 – Tarikh bersejarah bagi Politeknik Melaka di mana Majlis Menandatangani Surat Hasrat/ Letter of Intent (LOI) di antara Politeknik Melaka dengan industri /agensi telah berjaya dilaksanakan di Dewan Serbaguna, PMK. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan kolaborasi strategik antara PMK dan Rakan Industri dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti dan berdaya saing. Bagi tahun 2025, Surat hasrat bersama empat industri telah termeterai. Industri/agensi yang terlibat adalah D5 Techdrones Services, KRC Electronic, Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Akademi Kepimpinan Anak Bangsa (AKAB) 

Pengarah Politeknik Melaka, Dr. Noriah binti Abdul Malek telah merasmikan majlis LOI ini yang turut dihadiri oleh Puan Zeyana binti Abdullah (Timbalan Pengarah PMK), Dr. Rosnani binti Affandi (Ketua Kluster Pendidikan Tinggi PMK), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan Pensyarah- pensyarah Politeknik Melaka. Semoga hubungan kolaborasi antara Politeknik Melaka dengan industri dapat dieratkan dan memberi impak yang positif kepada kedua-dua pihak. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada CISEC (Corporate Industrial Services & Employability Centre) yang dipimpin oleh Ketua CISEC PMK, Puan Zaihan binti Haron, bersama-sama pasukan pengurusan kolaborasi iaitu Pegawai Kolaborasi PMK, Puan Suriyani Nasution binti Padzlan, serta seluruh urusetia atas dedikasi, kerjasama padu dan sumbangan cemerlang dalam menjayakan program ini.

Ikuti Kami
Ke Atas