KEJOHANAN E-SPORTS SEMPENA HARI TVET NEGARA 2025
Sempena sambutan Hari TVET Negara 2025, satu Kejohanan E-Sukan berskala kebangsaan telah berlangsung selama 3 hari dari 11-13 Jun 2025 bertempat di MITC, Melaka. Politeknik Melaka telah diberi tanggungjawab sebagai Penyelarasn HUB 4 Infotainment Bahagian A4 E-Sport dengan kerjasama strategik Malaysia E-Sports Federation (MESF ). Kejohanan ini menjadi antara acara kemuncak sambutan Hari TVET Negara, dengan penglibatan meluas pelajar institusi TVET seluruh Malaysia dan sokongan daripada pelbagai agensi serta pemimpin negara.
Pertandingan melibatkan empat permainan utama dalam dunia E-Sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile, EA Sports FC 25, dan Tekken 8. Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat muda dalam bidang E-Sukan, malah memperkenalkan laluan kerjaya digital kepada generasi TVET Malaysia. Lebih kurang 200 orang peserta telah menyertai ke empat-empat kategori pertandingan ini. Selain menyaksikan persaingan antara pesereta, pengunjung juga berpeluang mencuba Racing Cockpit Simulator yang disediakan oleh MESF
Kejohanan juga telah diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh utama negara, antaranya:
- YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh
Ketua Menteri Melaka - YB Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia - YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Belia dan Sukan Malaysia
Dif kehormat lain turut hadir termasuk wakil-wakil industri, pegawai kanan kementerian serta pihak pengurusan institusi pendidikan.
Penanjuran kejohanan ini juga telah mecapai objektif dimana ia telah memberi pendedahan kepada pelajar mengenai potensi kerjaya dalam industri E-Sukan., Selain itu, meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran insaniah pelajar TVET seperti kepimpinan, strategi dan kerja berpasukan dan mempererat hubungan antara institusi TVET seluruh Malaysia melalui pendekatan interaktif dan berteknologi. Ia juga telah memartabatkan bidang TVET sebagai laluan masa depan yang progresif dan selari dengan Revolusi Industri 4.0.
Sambutan hangat daripada pengunjung yang terdiri daripada orang ramai, pelajar, pensyarah dan komuniti E-Sukan tempatan menunjukkan sukan elektronik semakin mendapat sokongan. Liputan media nasional termasuk dari RTM melalui siaran Selamat Pagi Malaysia dan Radio Melaka. Tontonan langsung secara digital melalui saluran Facebook MESF. Ini akan memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan industri E-Sukan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Malaysia E-Sports Federation (MESF) atas kerjasama teknikal dan promosi. Jutaan terima kasih kepada
Semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang diketuai oleh Ketua Kluster TVET PMK, Tuan Hj Mohd Nordin Bin Mohd Jani dan KJSKK En. Muhammad Affendi Bin Bahudin Bersama-sama AJK yang terdiri daripada staff Politeknik Melaka yang telah bertungkus lumus menjayakan kejohanan ini dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.
Kejohanan E-Sukan Sempena Hari TVET Negara 2025 telah membuktikan bahawa pelajar TVET bukan sahaja berkemahiran teknikal, malah mampu bersaing dalam bidang digital moden seperti E-Sukan. Kejayaan program ini membuka ruang lebih luas kepada pembinaan bakat generasi muda seiring kehendak industri masa depan. Semoga penganjuran seperti ini diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan holistik pelajar TVET Malaysia.

