Oleh : Majlis Perwakilan Pelajar

 

28 - 29 MAC 2024 - Program Ziarah Ramadhan (Lawatan Rumah Luar) telah dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka (MPP PMK) di bawah Program Ihya' Ramadhan dengan kerjasama Gerakan Pengguna Siswa Politeknik Melaka, Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar (JHEPP PMK), serta kerjasama dan sumbangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Negeri Melaka (KPDN Melaka).

Program ini diadakan selama 2 hari dan bertujuan untuk meringankan beban pelajar Politeknik Melaka terutama keperluan makanan disebabkan oleh kos sara hidup pelajar semakin meningkat.

Sebanyak 8 buah rumah sewa pelajar telah dipilih melalui tapisan mengikut jumlah isi rumah pelajar yang terdiri daripada 3 buah rumah lelaki dan 5 buah rumah perempuan. Agihan daripada rumah ke rumah adalah melibatkan seluruh barisan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Melaka dan disertai oleh pensyarah pengiring.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada KPDN Melaka diatas sumbangan yang diberi serta semua pihak yang terlibat dalam melancarkan program ini. Justifikasinya, adalah diharapkan program Ziarah Ramadhan ini mampu meringankan serba sedikit beban pelajar yang menerima sumbangan dan diharapkan agar program ini dapat diperluas dan melibatkan seluruh rumah sewa pelajar di sekitar Politeknik Melaka.